Selasa, 11 Maret 2014
Mayat Model Singapura Ditemui Dalam Parit

ISLAMABAD – Mayat seorang model Singapura kelahiran Pakistan, Fehmina Chaudhry, 27, ditemui di dalam sebuah parit di pinggir bandar ini selepas dilaporkan hilang sejak Khamis minggu lalu.
Sehubungan itu, seorang broker hartanah ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan setelah dia mengaku membunuh dan membuang mayat model itu.
Menurut pengurus Fehmina, Asif Hashmi, model yang juga ibu kepada dua anak itu kerap melawat Pakistan untuk bertemu ibunya.
Hasil soal-siasat polis mendapati kali terakhir ibu Fehmina menghubungi anaknya itu ialah pada petang 10 Oktober lalu, sejurus selepas dia mendapat mesej teks mengatakan bahawa anaknya telah diculik.
“Pemergiannya kali ini ialah untuk membeli hartanah bagi ibunya dan dia menginap di sebuah hotel mewah di bandar itu.
“Dia merupakan seorang yang berdedikasi dan merancang untuk membuka sekolah fesyen di Pakistan,” jelasnya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar